Thursday, June 5, 2014

Contoh perbezaan Antara Quran dan Bible 2

Jesus dan Paul, dalam Bible merujuk kepada kisah Yahudi membunuh Nabi-Nabi. Quran juga menyebutnya:

"O Jerusalem, Jerusalem, thou that killest the prophets, and stonest them which are sent unto thee, how often would I have gathered thy children together, even as a hen gathereth her chickens under her wings, and ye would not!  (From the KJV Bible, Matthew 23:37)"

Wahai Jerusalem, Jerusalem,  yang telah membunuh para Nabi dan merejam dengan batu, orang-orang yang diutuskan kepadanya, kerapkali aku mengumpulkan anak-anak itu bersama-sama, seperti ayam mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, akan tetapi kamu menolaknya! (Dari Bible versi KJV, Matthew 23:37)

1 Thessalonians 2:14-15
14 For you, brothers, became imitators of God's churches in Judea, which are in Christ Jesus: You suffered from your own countrymen the same things those churches suffered from the Jews,
15 who killed the Lord Jesus and the prophets and also drove us out. They displease God and
are hostile to all men Salam my dear intellectual acquaintance.

1 Thessalonians 2:14-15
14: Sebab kamu, saudara-saudara, telah menjadi penurut jemaat-jemaat Allah di Yudea, jemaat-jemaat di dalam Kristus Yesus, karena kamu juga telah menderita dari teman-teman sebangsamu segala sesuatu yang mereka derita dari orang-orang Yahudi.

15: Bahkan orang-orang Yahudi itu telah membunuh Tuhan Yesus dan para nabi dan telah menganiaya kami. Apa yang berkenan kepada Allah tidak mereka pedulikan dan semua manusia mereka musuhi,

Matthew 27:23-25
23 "Why? What crime has he committed?" asked Pilate. But they shouted all the louder, "Crucify him!"
24 When Pilate saw that he was getting nowhere, but that instead an uproar was starting, he took water and washed his hands in front of the crowd. "I am innocent of this man's blood,"  he said. "It is your responsibility!"
25 All the people answered, "Let his blood be on us and on our children!"
26 Then he released Barabbas to them. But he had Jesus flogged, and handed him over to be crucified.

Matthew 27:23-25
23: Katanya: "Tetapi kejahatan apakah yang telah dilakukan-Nya?" Namun mereka makin keras berteriak: "Ia harus disalibkan!"
24: Ketika Pilatus melihat bahwa segala usaha akan sia-sia, malah sudah mulai timbul kekacauan, ia mengambil air dan membasuh tangannya di hadapan orang banyak dan berkata: "Aku tidak bersalah terhadap darah orang ini; itu urusan kamu sendiri!"
25: Dan seluruh rakyat itu menjawab: "Biarlah darah-Nya ditanggungkan atas kami dan atas anak-anak kami!"
26: Lalu ia membebaskan Barabas bagi mereka, tetapi Yesus disesahnya lalu diserahkannya untuk disalibkan.

Acts 18:5-7
5 When Silas and Timothy came from Macedonia, Paul devoted himself exclusively to preaching, testifying to the Jews that Jesus was the Christ.
6 But when the Jews opposed Paul and became abusive, he shook out his clothes in protest and said to them, "Your blood be on your own heads! I am clear of my responsibility. From now on I will go to the Gentiles."
7 Then Paul left the synagogue and went next door to the house of Titius Justus, a worshiper of God.

Acts 18:5-7
5: Ketika Silas dan Timotius datang dari Makedonia, Paulus dengan sepenuhnya dapat memberitakan firman, di mana ia memberi kesaksian kepada orang-orang Yahudi, bahwa Yesus adalah Al- Masih.
6: Tetapi ketika orang-orang itu memusuhi dia dan menghujat, ia mengebaskan debu dari pakaiannya dan berkata kepada mereka: "Biarlah darahmu tertumpah ke atas kepalamu sendiri; aku bersih, tidak bersalah. Mulai dari sekarang aku akan pergi kepada bangsa-bangsa lain."
7: Maka keluarlah ia dari situ, lalu datang ke rumah seorang bernama Titius Yustus, yang beribadah kepada Allah, dan yang rumahnya berdampingan dengan rumah ibadat.

Di sini kita melihat Paul, dalam Acts 18:6 mengakui jenayah Yahudi yang membunuh para Nabi, dan malah mengesahkan bahawa Yahudi bersalah terhadap penyaliban Jesus. “Biarlah darahmu tertumpah ke atas kepalamu sendiri; aku bersih, tidak bersalah.!” Bermaksud bahawa mereka sekarang bersalah kerana menyalib Christ. Akan tetapi, penyaliban itu adalah bohong, dan Bible secara jelas menyatakan bahawa Jesus tidak pernah disalib dalam Isaiah 53 dan Psalm 91 dan buku-buku yang lain.

Allah yang Maha Kuasa menyebut:

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (Quran 2:87)

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. (Quran 2:61)

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (Quran 3:21)
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya dan Kami akan katakan kepada mereka: Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar (Quran 3:181)


Contoh Perbezaan Antara Quran dan Bible 1

Mari kita lihat beberapa contoh perbezaan yang terdapat dalam Quran dan Bible:

Pertama:   

Kisah Ibrahim, bapa Ismail dan Ishak, dan empat burung yang dikerat kepada beberapa bahagian kecil, dan Tuhan yang Maha Kuasa menyebabkan burung-burung tadi hidup semula.

“Ketika Ibrahim berkata, “Wahai Tuhan, Tunjukkan kepadaku bagaimana engkau menghidupkan yang telah mati. Dia berkata, “Tidakkah engkau percaya?” Dia berkata, “Ya, akan tetapi aku bertanya kepadaMu agar hatiku menjadi tenang”. Dia Berkata, “Ambillah kemudian itu, empat ekor burung dan tariklah mereka ke arahmu, potonglah mereka kepada bahagian-bahagian, kemudian letakkan sebahagian daripada mereka di setiap bukit, kemudian panggil mereka dan mereka akan datang kepadamu dengan patuh, dan ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha Kuasa lagi Bijaksana. (Quran, Surah 2:260)

Kisah Nabi Ibrahim ini tidak wujud dalam Bible.

Mereka berkata: Kamu kata Bible telah diseleweng. Apa yang buat kamu fikir bahawa Quran tidak sebegitu?

Seksyen artikel ini adalah:
1.     Mereka berkata: Kamu kata Bible telah diseleweng. Apa yang buat kamu fikir bahawa Quran tidak sebegitu?
2.     Bagaimana dengan ramalan yang ada dalam Bible dan Quran?
3.     Al-quran mempunyai asas yang lebih baik
4.     Apakah bahagian daripada Bible yang muslim percaya ianya dekat dengan Kebenaran?

Orang Kristian secara terus mereka bertanya soalan ini kepada saya. Satu perkara yang kita perlu letakkan sebagai teras, bahawa mempercayai satu BUKU adalah satu perkara dan membuktikan bahawa ia tidak diubah oleh manusia adalah satu perkara yang lain. Anda mungkin memilih untuk tidak percayai Islam, akan tetapi untuk mendakwa bahawa al-Quran telah diubah oleh manusia ia adalah satu perkara yang lain.

Perbezaan Antara Bible dan Quran adalah berikut:

1.     Quran diwahyukan kepada satu orang dan ia juga dibacakan oleh satu orang. Manakala Bible telah diwahyukan kepada ramai orang dan dibacakan oleh ramai orang.
2.     Quran dihafal oleh Nabi Muhammad dan para pengikutnya, kemudian ia didokumentasikan di atas kertas. Bible tidak pernah dihafal oleh sesiapa dan juga tidak didokumentasikan oleh rasul Bible itu.
3.     Quran telah dan sedang dibaca secara keseluruhannya di bulan Ramadan dan dibacakan sebahagiannya semasa solat harian. Jadi, penyelewengan untuk berlaku pada zaman Nabi Muhammad adalah mustahil kerana SEMUA ORANG mengetahuinya. Manakala Bible tidak dibaca oleh sesiapa. Para pendeta, ilmuan Bible pada hari ini juga tidak ada yang menghafal Bible.
Dengan semua poin yang disebutkan di atas, amat jelas bahawa Quran sangat mudah untuk dikekalkan dan dilindungi berbanding Bible.

Bagaimana pula dengan ramalan dalam Bible dan Quran?

Penganut Kristian percayaa disebabkan banyak ramalan Bible telah menjadi nyata dan dipenuhi, dan banyak lagi yang akan menjadi nyata, jadi oleh itu adalah selamat untuk mengatakan bahawa keseluruhan Bible adalah Kata-Kata Tuhan . Betul? Salah!!
 
Logic seperti ini sangat selamat jika ia dipakaikan kepada Quran, kerana ia diwahyukan kepada satu orang. Dan untuk melindungi daripada penggubahan manusia adalah sangat mudah.

Bible pada satu sudut, sebagaimana yang saya katakana ia diwahyukan dan ditulis oleh ramai orang. Jadi, jika satu daripada buku dalam Bible mengandungi dakwaan yang benar, jadi ini hanya akan membuatkan BUKU itu sahaja menjadi buku yang benar, bahkan bukan keseluruhan Bible. Dan sebenarnya buku itu juga mungkin boleh dipersoalkan dengan pelbagai soalan, kerana tidak ada sesiapa yang benar-benar pasti siapakan penulis sebenar bagi buku itu.

*Bible dibahagikan kepada buku-buku. Sejumlah sekurang-kurangnya 65 buku terkandung dalam Bible. Setiap buku mempunyai nama yang berbeza. Bilangan buku juga berbeza mengikut versi cetakan.

Ambil contoh ini. Sebahagian versi Bible mempunyai ayat 1, Buku John 5:7 dan sebahagiannya tidak. Jadi kalaulah di sana ada ramalan yang dipenuhi oleh buku 1, John, yang ianya tidak ada di situ, oleh itu ini masih tidak menjadikannya sesuatu yang boleh dipercayai, kerana mengikut ilmuan Bible dan Pengkaji sejarah Bible, kebanyakan buku dalam Bible telah ditulis oleh PENULIS-PENULIS YANG MISTERI. Tidak ada orang yang benar-benar tahu SIAPAKAH PENULIS SEBENAR!

Sebagai contoh yang lain: Ilmuan Bible dan pengkaji sejarah  menulis dalam Bible Versi NIV kata-kata berikut berkenaan buku Mark (Markus) dalam warna hijau dibawa. Sila perhatikan dengan baik komentar pada buku Mark 16:9-20 yang penuh keraguan seperti di bawah.

Buku Mark:

“Walaupun tiada bukti secara langsung berkenaan gerangan penulis, ada suatu testimony (pengakuan) yang tidak bernama pada awal zaman gereja bahawa yang menulis buku ini ialah John Mark”. (Dari Komentar Bible NIV, halaman 1488"

Jadi, nyatanya, kita tidak mengetahui sama ada Mark adalah penulis tunggal bagi buku ini atau tidak. Dan sejak New Testament (Perjanjian Baru) tidak pernah didokumentasikan di atas kertas hinggalah 150 – 300 tahun (bergantung jenis Kristian yang anda hadapi) selepas Jesus, jadi bagaimana kita ingin pastikan secara yakin bahawa Buku Mark yang ada ini bukan ditulis oleh pengikut Mark?

Saya harap anda dapat lihat bahaya yang sebenar dalam membuat tekaan-tekaan ini apabila anda bersedia mati untuk penyataan bahawa Buku sebegitu adalah Kata-Kata Tuhan yang Maha Kuasa!

Lebih jauh lagi berkenaan Buku ini, mari kit abaca komentar berkenaan Mark 16:9-20:

 “ Keraguan yang serius wujud ketika menentukan sama ada ayat-ayat ini adalah milik Buku Mark. Ayat-ayat ini tiada dalam manuskrip penting yang terawal dan ia menzahirkan perbendaharaan kata-kata yang berbeza, gaya dan kandungan akidah, yang ia tidak seperti baki ayat dalam Buku Mark. Bukunya ini berkemungkinan tamat pada 16:8, atau pengakhiran yang original telah pun hilang. (Dari nota kaki Bible NIV, halaman 1528)

Penyataan di atas memunculkan satu isu yang serius di sini. Pertamanya, seperti yang kita lihat di atas, dalam penyataan yang pertama, kita tidak mempunyai bukti yang menyatakan bahawa John Mark ialah satu-satunya penulis Buku itu. Keduanya, kita lihat bahawa Buku ini mempunyai masalah yang serius/keraguan padanya. Masalah pada ayat 16:9-20 adalah begitu menakutkan, kerana ramai Kristian mazhab hari ini menggunakan ular yang berbisa dalam penyembahan mereka lalu berakhir dengan kematian.

Membuang ayat Mark 16:9-20 adalah satu yang perlu dipuji bagi saya secara peribadinya (jujur dengan anda), kerana ia mengelakkan orang ramai mati dari gigitan ular. Akan tetapi, isu utama iaitu penyelewengan oleh manusia, isu ini tetap ada terhadap Bible.

Kita boleh secara pasti yakin sekarang ini bahawa petikan di atas membuktikan tanpa syak lagi bahawa Bible ini amat meragukan. Petikan “ atau pengakhiran yang original telah hilang” membuktikan bahawa apa yang kita sebut sebagai Buku ‘Gospel’ telah diubah oleh manusia. Marilah kita memikirkan ia memang benar Kata-kata Tuhan yang Maha Kuasa.

Jika John Mark bukan orang yang menulis 16:9-20, jadi siapakah yang menulisnya? Dan bagaimana anda boleh membuktikan ia milik penulis yang lagi seorang? Mari kita biarkan ia sebagai Wahyu Tuhan yang Maha Kuasa. Dan seperti yang kita lihat pada petikan yang pertama, kita langsung tidak tahu adakah John Mark benar-benar orang yang menulis buku yang dipanggil Buku Mark.

Untuk mengatakan sekurang-kurangnya dalam kes kita ini, bahawa kita punya cukup bukti untuk menolak semua Buku Mark dari Bible, kerana anda tidak boleh ambil sedikit dan sebahagiannya lalu menyatakan sebahagian Buku Mark adalah milik Mark dan sebahagiannya tidak. Mari kita biarkan diri kita mengakui bahawa semua Buku yang telah diseleweng ini, sebagai Kata-kata Tuhan yang Maha Kuasa, yang ianya sebenarnya suatu pembohongan.

Lagi, kalaupun buku Mark mempunyai beberapa ramalan dalamnya, ia masih tidak membuatkan semua Buku lain dalamnya boleh dipercayai, kerana berdasarkan kepada Ilmuan Bible dan pengkaji sejarah, kebanyakan buku dalam Bible telah ditulis oleh penulis yang misteri. Tiada seorang pun yang benar-benar tahu SIAPA PENULIS SEBENAR itu.

Quran mempunyai asas yang lebih baik:

Sekali lagi, anda tidak perlu menjadi muslim bersetuju dengan perkara ini. Ini bukan berkenaan sama ada anda percaya Quran adalah wahyu Allah atau tidak. Ini bukan berkenaan untuk membuktikan sama ada Quran telah diubah atau tidak, oleh manusia seperti Bible telah diubah secara teruk.

Tiada bukti sejarah, atau yang lain, bahawa ayat-ayat Quran telah datang dari manusia yang berbeza, selain Muhammad. Tetapi di sana, terdapat bukti sejarah yang cukup yang membuktikan bahawa Bible telah diseleweng dengan teruk.  

Apakah bahagian dalam Bible yang muslim percaya dekat dengan kebenaran?

Islam adalah saksi kepada Bible. Ia menapis kebenaran dari kebohongan dan penyelewengan dalam Bible. Setiap yang selari 100% dengan Islam maka ia adalah diterima. Dan setiap yang mempunyai perbezaan walaupun kecil, maka ia ditolak.