Thursday, June 5, 2014

Mereka berkata: Kamu kata Bible telah diseleweng. Apa yang buat kamu fikir bahawa Quran tidak sebegitu?

Seksyen artikel ini adalah:
1.     Mereka berkata: Kamu kata Bible telah diseleweng. Apa yang buat kamu fikir bahawa Quran tidak sebegitu?
2.     Bagaimana dengan ramalan yang ada dalam Bible dan Quran?
3.     Al-quran mempunyai asas yang lebih baik
4.     Apakah bahagian daripada Bible yang muslim percaya ianya dekat dengan Kebenaran?

Orang Kristian secara terus mereka bertanya soalan ini kepada saya. Satu perkara yang kita perlu letakkan sebagai teras, bahawa mempercayai satu BUKU adalah satu perkara dan membuktikan bahawa ia tidak diubah oleh manusia adalah satu perkara yang lain. Anda mungkin memilih untuk tidak percayai Islam, akan tetapi untuk mendakwa bahawa al-Quran telah diubah oleh manusia ia adalah satu perkara yang lain.

Perbezaan Antara Bible dan Quran adalah berikut:

1.     Quran diwahyukan kepada satu orang dan ia juga dibacakan oleh satu orang. Manakala Bible telah diwahyukan kepada ramai orang dan dibacakan oleh ramai orang.
2.     Quran dihafal oleh Nabi Muhammad dan para pengikutnya, kemudian ia didokumentasikan di atas kertas. Bible tidak pernah dihafal oleh sesiapa dan juga tidak didokumentasikan oleh rasul Bible itu.
3.     Quran telah dan sedang dibaca secara keseluruhannya di bulan Ramadan dan dibacakan sebahagiannya semasa solat harian. Jadi, penyelewengan untuk berlaku pada zaman Nabi Muhammad adalah mustahil kerana SEMUA ORANG mengetahuinya. Manakala Bible tidak dibaca oleh sesiapa. Para pendeta, ilmuan Bible pada hari ini juga tidak ada yang menghafal Bible.
Dengan semua poin yang disebutkan di atas, amat jelas bahawa Quran sangat mudah untuk dikekalkan dan dilindungi berbanding Bible.

Bagaimana pula dengan ramalan dalam Bible dan Quran?

Penganut Kristian percayaa disebabkan banyak ramalan Bible telah menjadi nyata dan dipenuhi, dan banyak lagi yang akan menjadi nyata, jadi oleh itu adalah selamat untuk mengatakan bahawa keseluruhan Bible adalah Kata-Kata Tuhan . Betul? Salah!!
 
Logic seperti ini sangat selamat jika ia dipakaikan kepada Quran, kerana ia diwahyukan kepada satu orang. Dan untuk melindungi daripada penggubahan manusia adalah sangat mudah.

Bible pada satu sudut, sebagaimana yang saya katakana ia diwahyukan dan ditulis oleh ramai orang. Jadi, jika satu daripada buku dalam Bible mengandungi dakwaan yang benar, jadi ini hanya akan membuatkan BUKU itu sahaja menjadi buku yang benar, bahkan bukan keseluruhan Bible. Dan sebenarnya buku itu juga mungkin boleh dipersoalkan dengan pelbagai soalan, kerana tidak ada sesiapa yang benar-benar pasti siapakan penulis sebenar bagi buku itu.

*Bible dibahagikan kepada buku-buku. Sejumlah sekurang-kurangnya 65 buku terkandung dalam Bible. Setiap buku mempunyai nama yang berbeza. Bilangan buku juga berbeza mengikut versi cetakan.

Ambil contoh ini. Sebahagian versi Bible mempunyai ayat 1, Buku John 5:7 dan sebahagiannya tidak. Jadi kalaulah di sana ada ramalan yang dipenuhi oleh buku 1, John, yang ianya tidak ada di situ, oleh itu ini masih tidak menjadikannya sesuatu yang boleh dipercayai, kerana mengikut ilmuan Bible dan Pengkaji sejarah Bible, kebanyakan buku dalam Bible telah ditulis oleh PENULIS-PENULIS YANG MISTERI. Tidak ada orang yang benar-benar tahu SIAPAKAH PENULIS SEBENAR!

Sebagai contoh yang lain: Ilmuan Bible dan pengkaji sejarah  menulis dalam Bible Versi NIV kata-kata berikut berkenaan buku Mark (Markus) dalam warna hijau dibawa. Sila perhatikan dengan baik komentar pada buku Mark 16:9-20 yang penuh keraguan seperti di bawah.

Buku Mark:

“Walaupun tiada bukti secara langsung berkenaan gerangan penulis, ada suatu testimony (pengakuan) yang tidak bernama pada awal zaman gereja bahawa yang menulis buku ini ialah John Mark”. (Dari Komentar Bible NIV, halaman 1488"

Jadi, nyatanya, kita tidak mengetahui sama ada Mark adalah penulis tunggal bagi buku ini atau tidak. Dan sejak New Testament (Perjanjian Baru) tidak pernah didokumentasikan di atas kertas hinggalah 150 – 300 tahun (bergantung jenis Kristian yang anda hadapi) selepas Jesus, jadi bagaimana kita ingin pastikan secara yakin bahawa Buku Mark yang ada ini bukan ditulis oleh pengikut Mark?

Saya harap anda dapat lihat bahaya yang sebenar dalam membuat tekaan-tekaan ini apabila anda bersedia mati untuk penyataan bahawa Buku sebegitu adalah Kata-Kata Tuhan yang Maha Kuasa!

Lebih jauh lagi berkenaan Buku ini, mari kit abaca komentar berkenaan Mark 16:9-20:

 “ Keraguan yang serius wujud ketika menentukan sama ada ayat-ayat ini adalah milik Buku Mark. Ayat-ayat ini tiada dalam manuskrip penting yang terawal dan ia menzahirkan perbendaharaan kata-kata yang berbeza, gaya dan kandungan akidah, yang ia tidak seperti baki ayat dalam Buku Mark. Bukunya ini berkemungkinan tamat pada 16:8, atau pengakhiran yang original telah pun hilang. (Dari nota kaki Bible NIV, halaman 1528)

Penyataan di atas memunculkan satu isu yang serius di sini. Pertamanya, seperti yang kita lihat di atas, dalam penyataan yang pertama, kita tidak mempunyai bukti yang menyatakan bahawa John Mark ialah satu-satunya penulis Buku itu. Keduanya, kita lihat bahawa Buku ini mempunyai masalah yang serius/keraguan padanya. Masalah pada ayat 16:9-20 adalah begitu menakutkan, kerana ramai Kristian mazhab hari ini menggunakan ular yang berbisa dalam penyembahan mereka lalu berakhir dengan kematian.

Membuang ayat Mark 16:9-20 adalah satu yang perlu dipuji bagi saya secara peribadinya (jujur dengan anda), kerana ia mengelakkan orang ramai mati dari gigitan ular. Akan tetapi, isu utama iaitu penyelewengan oleh manusia, isu ini tetap ada terhadap Bible.

Kita boleh secara pasti yakin sekarang ini bahawa petikan di atas membuktikan tanpa syak lagi bahawa Bible ini amat meragukan. Petikan “ atau pengakhiran yang original telah hilang” membuktikan bahawa apa yang kita sebut sebagai Buku ‘Gospel’ telah diubah oleh manusia. Marilah kita memikirkan ia memang benar Kata-kata Tuhan yang Maha Kuasa.

Jika John Mark bukan orang yang menulis 16:9-20, jadi siapakah yang menulisnya? Dan bagaimana anda boleh membuktikan ia milik penulis yang lagi seorang? Mari kita biarkan ia sebagai Wahyu Tuhan yang Maha Kuasa. Dan seperti yang kita lihat pada petikan yang pertama, kita langsung tidak tahu adakah John Mark benar-benar orang yang menulis buku yang dipanggil Buku Mark.

Untuk mengatakan sekurang-kurangnya dalam kes kita ini, bahawa kita punya cukup bukti untuk menolak semua Buku Mark dari Bible, kerana anda tidak boleh ambil sedikit dan sebahagiannya lalu menyatakan sebahagian Buku Mark adalah milik Mark dan sebahagiannya tidak. Mari kita biarkan diri kita mengakui bahawa semua Buku yang telah diseleweng ini, sebagai Kata-kata Tuhan yang Maha Kuasa, yang ianya sebenarnya suatu pembohongan.

Lagi, kalaupun buku Mark mempunyai beberapa ramalan dalamnya, ia masih tidak membuatkan semua Buku lain dalamnya boleh dipercayai, kerana berdasarkan kepada Ilmuan Bible dan pengkaji sejarah, kebanyakan buku dalam Bible telah ditulis oleh penulis yang misteri. Tiada seorang pun yang benar-benar tahu SIAPA PENULIS SEBENAR itu.

Quran mempunyai asas yang lebih baik:

Sekali lagi, anda tidak perlu menjadi muslim bersetuju dengan perkara ini. Ini bukan berkenaan sama ada anda percaya Quran adalah wahyu Allah atau tidak. Ini bukan berkenaan untuk membuktikan sama ada Quran telah diubah atau tidak, oleh manusia seperti Bible telah diubah secara teruk.

Tiada bukti sejarah, atau yang lain, bahawa ayat-ayat Quran telah datang dari manusia yang berbeza, selain Muhammad. Tetapi di sana, terdapat bukti sejarah yang cukup yang membuktikan bahawa Bible telah diseleweng dengan teruk.  

Apakah bahagian dalam Bible yang muslim percaya dekat dengan kebenaran?

Islam adalah saksi kepada Bible. Ia menapis kebenaran dari kebohongan dan penyelewengan dalam Bible. Setiap yang selari 100% dengan Islam maka ia adalah diterima. Dan setiap yang mempunyai perbezaan walaupun kecil, maka ia ditolak.

 

 

No comments:

Post a Comment