Sunday, November 16, 2014

JESUS MENYEMBAH TUHANNYA

Luke 5:16, Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.
Penjelasan: Di sini kita dapat melihat bahawa Jesus mempunyai Tuhan, yang lebih tinggi darinya dan lebih hebat darinya. Jesus hanya seorang hamba dan dia juga menyembah Tuhan supaya Tuhan dapat menguatkannya dan membantunya dengan kesabaran dan keinginan untuk meneruskan misinya dalam mengembangkan Kalimat Tuhan.
Matthew 26:39, Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Penjelasan: Dalam ayat di atas Jesus tidak mempunyai kekuatan dalam dirinya. Tuhan yang melakukannya bagi Jesus. Bagaimana Jesus boleh menjadi Pencipta alam ini, yang maha mengetahui dan maha kuasa, jika begitu halnya?


Matthew 26:42, Lalu Ia pergi untuk kedua kalinya dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku jikalau cawan ini tidak mungkin lalu, kecuali apabila Aku meminumnya, jadilah kehendak-Mu!"
Penjelasan: Komentar saya sama seperti di atas.
Matthew 26:44, Ia membiarkan mereka di situ lalu pergi dan berdoa untuk ketiga kalinya dan mengucapkan doa yang itu juga.
Penjelasan: Di lihat di sini, bahawa Jesus memohon untuk kali ketiga kepada Tuhan tentang apa yang ia kehendaki  dalam Matthew 26:39 dan ke atas. Bagaimana mungkin Jesus menjadi Pencipta alam ini, jika di memohon (merayu) dan kekurangan kuasa?
Terjemahan dari Web ini. Klik sini.
Technorati Tags: ,

ADAKAH JESUS SATU-SATUNYA ANAK (LELAKI) TUHAN?

 

Dalam John 3:16, Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.  Dalam ayat ini Jesus dipanggil anak tuhan yang tunggal.

Gerard_van_Honthorst_001

Dalam Exodus 4:22,  “Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung;”   Israel dipanggil anak pertama Tuhan. Jadi Jesus, anak Tuhan yang keberapa?

Dalam Jeremiah 31:9 “Dengan menangis mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka; Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung; sebab Aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku.”

The Bible

Dalam Psalm 2:7 “Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: "Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini.”  Tuhan ada anak yang lain dari jesus.

Dalam ayat-ayat di atas, Jesus, Israel, Efraim dan David juga anak Tuhan. Sebenarnya kita perlu meneliti semula penggunaan perkataan “anak’ di dalam Bible agar kita dapat melihat apa yang di kehendaki oleh konteks ayat. Apakah yang dimaksudkan apabila perkataan “anak” digunakan dalam Bible? Akan saya jelaskan dalam artikel yang mendatang. In Sya Allah.

Technorati Tags: ,

BAGAIMANA JESUS BERHAK MENJADI TUHAN BERDASARKAN AYAT-AYAT DI BAWAH? Siri 2

Di bawah ini saya sertakan penyataan yang di sebutkan oleh Jesus sekitar kitab Bible.

Harap tuan-tuan, puan-puan dapat meneliti dengan baik dan memikirkan dengan bijaksana setiap yang saya sebutkan.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dia berkata dalam Luke 18:19dan Mark 10:18, “Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja.” Dalam ayat ini, Jesus menyatakan pujian hanya kepada Allah, bukan kepada dirinya. Sebab dia hanya manusia biasa, hanya tuhan yang layak dipuji.

bible

Jika Jesus tuhan, Mengapa dia berkata dalam John 5:31, “Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;” Jesus memberitahu pengikutnya sekiranya dia yang bersaksi berkenaan dirinya, penyaksian itu tidak diterima. Jika penyaksian Jesus, sebagai tuhan tidak diterima, pengakuan siapa lagi yang akan diterima? persoalan, adakah Jesus itu tuhan?

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 5:30,Jesus berkata “ Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.” Jika dia tuhan, pastinya dia mengetahui semua perkara tanpa perlu mendengar terlebih dahulu. Dan di awal ayat dia, yang dia menafikan kebolehannya melakukan sesuatu. Dia menyerahkan semua urusan kepada Tuhan. Jelas Jesus bukan tuhan.

Jika Jesus itu tuhan, John 5:36-38, Jesus menyebut “ 36. Tetapi Aku mempunyai suatu kesaksian yang lebih penting dari pada kesaksian Yohanes, yaitu segala pekerjaan yang diserahkan Bapa kepada-Ku, supaya Aku melaksanakannya. Pekerjaan itu juga yang Kukerjakan sekarang, dan itulah yang memberi kesaksian tentang Aku, bahwa Bapa yang mengutus Aku. 37.Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat, 38 dan firman-Nya tidak menetap di dalam dirimu, sebab kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya.39 Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci, sebab kamu menyangka bahwa oleh-Nya kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku,” Jesus memberitahu pengikutnya, yang mereka tidak pernah melihat Tuhan. Jika Jesus itu tuhan maka tentunya dia tidak berkata demikian.

Francisfloor 

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 5:32, “ada yang lain yang bersaksi tentang Aku dan Aku tahu, bahwa kesaksian yang diberikan-Nya tentang Aku adalah benar.” Jesus menyebut bahawa saksi orang lain adalah lebih diterima berbanding penyaksiannya terhadap dirinya. Bukan tuhan sepatutnya lebih diterima berbanding penyaksian yang lain.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Luke 5:16, “Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.” Kepada siapa Jesus berdoa, adakah berdoa kepada dirinya sendiri? Tentulah tidak, dia berdoa kepada Tuhannya.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Matthew 26:39,  “Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." Kepada siapa dia bersujud? Pastinya kepada Tuhannya. Tidak logik jika Jesus itu tuhan, dia perlu bersujud. Sujud dan tunduk meletakkan kepala di tanah adalah perbuatan hamba dan perbuatan manusia.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Hebrew 5:7, berkenaan Jesus “Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, ……” Mengapa perlu dia meratap, menangis jika dia tuhan. Mengapa mengeluh? Mengeluh perbuatan seorang yang lemah. Ya dia lemah, kerana dia adalah manusia, maka sebab itu dia perlukan Tuhan untuk membantunya.

prostration

Jika Jesus itu, mengapa dalam John 5:37,  Jesus berkata “Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat,” Tuhan dan Jesus dua entiti berbeza. Orang yang ada pada ketika itu mendengar perkataan Jesus, tetapi tidak pernah mendengar perkataan Tuhan.

Dalam Bible juga tidak ada perkataan TRINITY, konsep ini datang selepas kematian Jesus. Jesus semasa hidupnya tidak pernah mengajarkan konsep TRINITY ini.

Kesimpulan

Untuk mencari kebenaran carilah dengan hati yang penuh ikhlas, jangan ada prasangka.

 

Technorati Tags: ,

BAGAIMANA JESUS BERHAK MENJADI TUHAN BERDASARKAN AYAT-AYAT DI BAWAH? Siri 1

Technorati Tags: ,

Jika Jesus adalah Tuhan, mengapa dalam ayat Mark 12:29, Jesus berkata: Jawab Yesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.” Perkataan “Tuhan kita” menunjukkan bahawa Jesus mempunyai tuhan yang lebih tinggi darinya, tuhan yang lebih kuat dari dirinya. Jesus tidak berkara “Tuhan kamu”. Dia berkata “ Tuhan kita” yang menunjukkan Jesus termasuk dalam kategori Ciptaan Tuhan.

heart-jesus1

JIka Jesus itu tuhan, mengapa dia meminta keampunan Tuhan dalam Luke 23:34. Jesus berkata: Yesus berkata: "Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat." Dan mereka membuang undi untuk membagi pakaian-Nya”. Mengapa?

Jika Jesus itu tuhan, jadi mengapa Paul berkata dalam 1 Corinthians 8:6 , “ namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.” Mengapa?

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 20:17, “ Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu." Jika dia Tuhan mengapa dia perlu kepada Tuhan?

cross1

Jika Jesus itu Tuhan, mengapa dalam John 8:28 Jesus berkata :…….dan bahwa Aku tidak berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri,…..” Tidakkah tuhan dapat melakukan apa sahaja yang dikehendakinya?

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 14:28, Jesus berkata “…….Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku….” ? Tuhan adalah kuasa yang tertinggi. Jesus tidak mempunyai kuasa berbuat apa-apa. Tuhan lah yang berkuasa.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Luke 23:46, Lalu Yesus berseru dengan suara nyaring: "Ya Bapa, ke dalam tangan-Mu Kuserahkan nyawa-Ku." Dan sesudah berkata demikian Ia menyerahkan nyawa-Nya.” ? Tuhan tidak mati, yang mati adalah manusia. Jika Jesus serahkan nyawanya kepada Tuhan, maka Jesus bukan tuhan, dia hanya manusia biasa yang di pilih menjadi utusan (messenger) nya.

Di Terjemahkan dari web ini. Klik di sini.

ORBIT BULAN BERBENTUK ‘S’ MENGELILINGI BUMI DI SEBUT DALAM QURAN DAN DISAHKAN OLEH SAINS

BUKTI HARUN YAHYA

Al-Quran penuh dengan penyataan Sains. amat menakjubkan bagaimana allah menerangkan bagaimana Dia mencipta semua benda di Bumi dan di Universe ini. Dan apa yang paling menakjubkan ialah semua penyataa ini telah dibuktikan benar dan bertepatan dengan Sains dan penemuan zaman moden ini.

Allah memberikan Nabi SAW mukjizat yang ajaib yang kekal sehingga bila-bila sebagai bukti kenabiannya. Kitab al-Quran telah dapat berdiri gah, dengan ujian sepanjang masa sejak 1500 tahun yang lalu. Begitu juga pada hari ini al-Quran masih lagi menunjukkan keajaibannya, yang ia bertepatan dengan sains dan penemuan yang tidak pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.

Firman Allah:

سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٥٣)

Bermaksud: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?. Surah Fussilat 41:53

 

ORBIT BULAN

Firman Allah:

وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ (٣٩) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ

Bermaksud: Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan (kurma) yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Surah Yaseen 36:39-40)

s-shaped_date_branch

Bentuk ‘S’ pada lingkaran kurma.

Moon_orbit_20_2

Bentuk Orbit bulan ketika mengelilingi Bumi. Berbentuk ‘S’ seperti lingkaran kurma.

bulan dan orbit

 Penjelasan

Bulan tidak mengorbit seperti satelit (objek yang mengelilingi) yang ada pada planet-planet lain. Ketika ia mengelilingi Bumi, ia kadangkala bergerak kebelakangnya dan kadangkala kehadapannya. Ia juga bergerak bersama bumi mengelilingi matahari. Ia juga mengikuti corak ‘S’ ketika bergerak. Pergerakan ini dirakamkan di dalam Quran yang ianya menyerupai tangkai kurma lama. Iaitu ia (seolah-olah) bergerak mengelilingi tangkai. Ini lah yang dimaksudkan oleh perkataan ‘Urjuun’ dalam Quran yang merujuk kepada putaran yang nipis seperti tangkai kurma yang telah dipetik kurmanya.

 kurma yang dipetikTanpa ragu lagi, pastinya mustahil untuk sesiapa tahu berkenaan orbit bulan pada 1400 tahun yang lalu. Apa pun maklumat ini telah dikenalpasti dengan adanya teknologi moden dan pengetahuan terkini. 

orbitan bulan animasi

 

 moon_s-shaped_orbit

Terjemah dari artikel ini. Klik di Sini