BUKTI HARUN YAHYA
Al-Quran penuh dengan penyataan Sains. amat menakjubkan bagaimana allah menerangkan bagaimana Dia mencipta semua benda di Bumi dan di Universe ini. Dan apa yang paling menakjubkan ialah semua penyataa ini telah dibuktikan benar dan bertepatan dengan Sains dan penemuan zaman moden ini.
Allah memberikan Nabi SAW mukjizat yang ajaib yang kekal sehingga bila-bila sebagai bukti kenabiannya. Kitab al-Quran telah dapat berdiri gah, dengan ujian sepanjang masa sejak 1500 tahun yang lalu. Begitu juga pada hari ini al-Quran masih lagi menunjukkan keajaibannya, yang ia bertepatan dengan sains dan penemuan yang tidak pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.
Firman Allah:
سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِيدٌ (٥٣)
Bermaksud: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?. Surah Fussilat 41:53
ORBIT BULAN
Firman Allah:
وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ (٣٩) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
Bermaksud: Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan (kurma) yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (Surah Yaseen 36:39-40)
Bentuk ‘S’ pada lingkaran kurma.
Bentuk Orbit bulan ketika mengelilingi Bumi. Berbentuk ‘S’ seperti lingkaran kurma.
Penjelasan
Bulan tidak mengorbit seperti satelit (objek yang mengelilingi) yang ada pada planet-planet lain. Ketika ia mengelilingi Bumi, ia kadangkala bergerak kebelakangnya dan kadangkala kehadapannya. Ia juga bergerak bersama bumi mengelilingi matahari. Ia juga mengikuti corak ‘S’ ketika bergerak. Pergerakan ini dirakamkan di dalam Quran yang ianya menyerupai tangkai kurma lama. Iaitu ia (seolah-olah) bergerak mengelilingi tangkai. Ini lah yang dimaksudkan oleh perkataan ‘Urjuun’ dalam Quran yang merujuk kepada putaran yang nipis seperti tangkai kurma yang telah dipetik kurmanya.
Tanpa ragu lagi, pastinya mustahil untuk sesiapa tahu berkenaan orbit bulan pada 1400 tahun yang lalu. Apa pun maklumat ini telah dikenalpasti dengan adanya teknologi moden dan pengetahuan terkini.
No comments:
Post a Comment