Sunday, November 16, 2014

BAGAIMANA JESUS BERHAK MENJADI TUHAN BERDASARKAN AYAT-AYAT DI BAWAH? Siri 2

Di bawah ini saya sertakan penyataan yang di sebutkan oleh Jesus sekitar kitab Bible.

Harap tuan-tuan, puan-puan dapat meneliti dengan baik dan memikirkan dengan bijaksana setiap yang saya sebutkan.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dia berkata dalam Luke 18:19dan Mark 10:18, “Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja.” Dalam ayat ini, Jesus menyatakan pujian hanya kepada Allah, bukan kepada dirinya. Sebab dia hanya manusia biasa, hanya tuhan yang layak dipuji.

bible

Jika Jesus tuhan, Mengapa dia berkata dalam John 5:31, “Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;” Jesus memberitahu pengikutnya sekiranya dia yang bersaksi berkenaan dirinya, penyaksian itu tidak diterima. Jika penyaksian Jesus, sebagai tuhan tidak diterima, pengakuan siapa lagi yang akan diterima? persoalan, adakah Jesus itu tuhan?

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 5:30,Jesus berkata “ Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.” Jika dia tuhan, pastinya dia mengetahui semua perkara tanpa perlu mendengar terlebih dahulu. Dan di awal ayat dia, yang dia menafikan kebolehannya melakukan sesuatu. Dia menyerahkan semua urusan kepada Tuhan. Jelas Jesus bukan tuhan.

Jika Jesus itu tuhan, John 5:36-38, Jesus menyebut “ 36. Tetapi Aku mempunyai suatu kesaksian yang lebih penting dari pada kesaksian Yohanes, yaitu segala pekerjaan yang diserahkan Bapa kepada-Ku, supaya Aku melaksanakannya. Pekerjaan itu juga yang Kukerjakan sekarang, dan itulah yang memberi kesaksian tentang Aku, bahwa Bapa yang mengutus Aku. 37.Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat, 38 dan firman-Nya tidak menetap di dalam dirimu, sebab kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya.39 Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci, sebab kamu menyangka bahwa oleh-Nya kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku,” Jesus memberitahu pengikutnya, yang mereka tidak pernah melihat Tuhan. Jika Jesus itu tuhan maka tentunya dia tidak berkata demikian.

Francisfloor 

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam John 5:32, “ada yang lain yang bersaksi tentang Aku dan Aku tahu, bahwa kesaksian yang diberikan-Nya tentang Aku adalah benar.” Jesus menyebut bahawa saksi orang lain adalah lebih diterima berbanding penyaksiannya terhadap dirinya. Bukan tuhan sepatutnya lebih diterima berbanding penyaksian yang lain.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Luke 5:16, “Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.” Kepada siapa Jesus berdoa, adakah berdoa kepada dirinya sendiri? Tentulah tidak, dia berdoa kepada Tuhannya.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Matthew 26:39,  “Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." Kepada siapa dia bersujud? Pastinya kepada Tuhannya. Tidak logik jika Jesus itu tuhan, dia perlu bersujud. Sujud dan tunduk meletakkan kepala di tanah adalah perbuatan hamba dan perbuatan manusia.

Jika Jesus itu tuhan, mengapa dalam Hebrew 5:7, berkenaan Jesus “Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, ……” Mengapa perlu dia meratap, menangis jika dia tuhan. Mengapa mengeluh? Mengeluh perbuatan seorang yang lemah. Ya dia lemah, kerana dia adalah manusia, maka sebab itu dia perlukan Tuhan untuk membantunya.

prostration

Jika Jesus itu, mengapa dalam John 5:37,  Jesus berkata “Bapa yang mengutus Aku, Dialah yang bersaksi tentang Aku. Kamu tidak pernah mendengar suara-Nya, rupa-Nyapun tidak pernah kamu lihat,” Tuhan dan Jesus dua entiti berbeza. Orang yang ada pada ketika itu mendengar perkataan Jesus, tetapi tidak pernah mendengar perkataan Tuhan.

Dalam Bible juga tidak ada perkataan TRINITY, konsep ini datang selepas kematian Jesus. Jesus semasa hidupnya tidak pernah mengajarkan konsep TRINITY ini.

Kesimpulan

Untuk mencari kebenaran carilah dengan hati yang penuh ikhlas, jangan ada prasangka.

 

Technorati Tags: ,

No comments:

Post a Comment