Penjelasan: Di sini kita dapat melihat bahawa Jesus mempunyai Tuhan, yang lebih tinggi darinya dan lebih hebat darinya. Jesus hanya seorang hamba dan dia juga menyembah Tuhan supaya Tuhan dapat menguatkannya dan membantunya dengan kesabaran dan keinginan untuk meneruskan misinya dalam mengembangkan Kalimat Tuhan.
Matthew 26:39, Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Penjelasan: Dalam ayat di atas Jesus tidak mempunyai kekuatan dalam dirinya. Tuhan yang melakukannya bagi Jesus. Bagaimana Jesus boleh menjadi Pencipta alam ini, yang maha mengetahui dan maha kuasa, jika begitu halnya?
Matthew 26:42, Lalu Ia pergi untuk kedua kalinya dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku jikalau cawan ini tidak mungkin lalu, kecuali apabila Aku meminumnya, jadilah kehendak-Mu!"
Penjelasan: Komentar saya sama seperti di atas.
Matthew 26:44, Ia membiarkan mereka di situ lalu pergi dan berdoa untuk ketiga kalinya dan mengucapkan doa yang itu juga.
Penjelasan: Di lihat di sini, bahawa Jesus memohon untuk kali ketiga kepada Tuhan tentang apa yang ia kehendaki dalam Matthew 26:39 dan ke atas. Bagaimana mungkin Jesus menjadi Pencipta alam ini, jika di memohon (merayu) dan kekurangan kuasa?
Terjemahan dari Web ini. Klik sini.
Technorati Tags: kristian,perbandingan agama

No comments:
Post a Comment